Mutasi sememangnya berlaku pada semua tumbuhan yang melalui proses pengklonan..Ada mutasi yang baik ada yang kurang elok..Adakalanya penggunaan bahan kimia tertentu seperti hormon tumbesaran juga boleh menyebabkan mutasi..biasanya mutasi bahan kimia atau faktor persekitaran tidak kekal..berbanding dengan klon..contohnya bunga tak cukup sifat seperti ketiadaan 'lip' atau tak cukup petalnya..atau petal bersambung dengan kolumnya..bentuk bunga akan kembali kepada asal semasa musim pengeluaran bunga yang seterusnya..
Bagi pokok yang diklon, mutasi bunganya kekal atau stabil dari segi bentuk dan warna..Mutasi menyebabkan orkid itu kelihatan lain dari yang lain..maknanya unik lah..Tapi ada juga yang tak cantik, tapi ini bergantung pada mata orang yang melihat tu..bak kata pepatah Inggeris, 'beauty is in the eye of the beholder' kecantikan adalah subjektif..
Sometimes we stumbled upon mutated orchids being sold..It was the results of selected cloning..Mutation makes the flower different from the other especially among its kind..makes it special and unique..Mutation can also happens because of the excessive use of plant hormones or chemical fertilizers, for example flowers with missing petals or petals and lip joined together with the column, but this is usually not permanent.The flowers will be back to normal in the next flowering. Though some mutations can be very beautiful with contrasting colours or nice shapes, others can be grotesque or weird looking..Anyway beauty is in the eye of the beholder...
Here's a few samples..
Ini yang saya panggil mutasi yang baik..Dendrobium dengan 'splash petals' macam ni menang dicari kaki orkid..Good plant for competition..
Ini juga Dendrobium intermediate yang telah termutasi..
Mutated mini Dendrobium
Dendrobium Enobi Purple. Mula-mula keluar dulu harganya sangat mahal..sebab 'splash petal'nya terang walaupun bersaiz mini..Tapi la dah berlambak orang jual..
Ini adalah jenis mutasi yang tak baik, nampak tak tangkai bunganya yang terpecah dua..walau pun bunganya banyak tapi disebabkan masalah mutasi sebegini ia merosakkan kecantikannya, apatah lagi bila masuk bertanding terus kena reject.. mungkin terlebih hormon dengan baja...
Pokok yang sama..cantik..tapi lihat bunga yang ditengah tu ada 'lip' berkembar pada sekuntum bunga. Bunga yang lain normal. Mutasi abnormal yang macam ini la yang dianggap tak elok untuk orkid secara keseluruhannya..Maybe cultural error or bad genes..
Ini dah macam bunga ros dah..Pada saya mutasi pada bunga ni dah keterlaluan..tapi mungkin ada yang nampak cantik dan unik..ikut selera masing-masing lah..To me this is just sad..
Tangkai bunga yang sama secara keseluruhan.. dah tak ketahuan, pening tengok, too much happening here..sometimes less is more..
"To analyze the charms of flowers is like dissecting music;
it is one of those things which it is far better to enjoy,
than to attempt to fully understand."
- Henry T. Tuckerman
it is one of those things which it is far better to enjoy,
than to attempt to fully understand."
- Henry T. Tuckerman
Where can I buy these flash ones
ReplyDeletehttp://2.bp.blogspot.com/-wUys3jRzfAo/TjlF5JZQpvI/AAAAAAAAAKs/Ofr4Fd65aj8/s1600/DSC00152.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-jzbM4opcev4/TjlGNgEbZ0I/AAAAAAAAAK8/rmh1UWMqy98/s1600/DSCN0110.JPG