Pos pertama bagi tahun 2012..kali ini berkenaan dengan salah satu spesis orkid yang pada pendapat saya mempunyai bentuk bunga yang paling pelik iaitu Coryanthes. Spesis ini berasal dari Amerika Selatan..dapat tumbuh dengan baik di negara ini..Saya ada beberapa spesis dalam koleksi iaitu Coryanthes speciosa, verruculineata, trifoliata, alborosea dan macrantha..Spesis ini berbunga tanpa musim.Walaupun bunganya hanya tahan selama 3 hari sebelum mula layu ia tetap menarik kerana bentuknya..Rasanya saya nak buat koleksi lagi untuk orkid spesis ini sebab senang nak menjaganya..cuma yang menjadi halangan ialah susah hendak diperolehi di sini..
This is Coryanthes speciosa, flowering in my orchid garden, this new year.
The first picture is the usual portray of Coryanthes when you see in the books or most of the pictures on the internet..Because of the wierd form, I try to capture various dimension the flower down below, This is for those who have never seen it in real life..
Ini ialah Coryanthes speciosa yang sedang kembang pada tahun baru ini.. Ini dari sudut yang selalu ditunjukkan di dalam buku atau internet. Jadi saya cuba mempelbagaikan sudut pandangan pada gambar-gambar di bawah untuk mereka yang tidak pernah melihat bunga ni secara langsung..
View from the top, you can clearly see the 'bucket' collecting a fragrant liquid (to attract pollinators) dropped from a pair of 'faucet' like appendages on top of it. The 'bucket' is actually a highly modified lip of the orchid. This feature added more appeal to the look of the orchid itself and of course to us!
Pandangan atas, dapat dilihat dengan jelas bahagian yang berbentuk 'mangkuk' yang dipenuhi dengan cecair berbau wangi (untuk menarik serangga) yang menitis dari sepasang 'paip' yang terletak di atas nya. 'Mangkuk' ini ialah sebenarnya bibir orkid ini yang telah dimodifikasi untuk membantu pendebungaan. Ciri-ciri ini yang menambahkan lagi keunikan terhadap bentuknya yang juga menarik perhatian kita!
This is the back view of the flower.
A view through the petals that folded backward..
Pandangan dari belakang,
melalui sepasang kelopaknya yang berlipat kebelakang.
View from the bottom of the flower,
you can see the bucket and the petals.
Pandangan dari bawah,
kelihatan 'mangkuk' dan kelopak bunganya.
I consider this is the front view of the flower (the upper one)
you can clearly seen the bucket from the front side.
Saya kira ini adalah pandangan hadapan (untuk bunga yang di atas sedikit tu).
Kelihatan dengan jelas bahagian yang berbentuk 'mangkuk' ini..
Thats all for now, I'll post of other species of Coryanthes in my collection if they are flowering in my garden soon..
Sampai di sini, saya akan poskan lagi jika ada spesis Coryanthes lain yang berbunga nanti..
The flower is the poetry of reproduction. It is an example of the eternal seductiveness of life.
- Jean Giraudoux
No comments:
Post a Comment