Being art educated, of course I value all these things. Now what about all this creativity stuff that relate to orchid ? All I can say is that 'Orchid inspires', that says a lot because throughout the history, orchid with its uniqueness, beauty and mystery have made it a subject of expression from literature works to all sorts of miscellaneous things until now..Those things whether valuable to us or not that is not the important factor but the main thing is they still make its mark somewhere in history of human existence. Again, what is it have to do with this post? Well, while browsing the internet searching for interesting feature to be added in this blog I found this..Orchid inspired couture..as you should know fashion is one of the section in visual art. Lets see how does it looks like..
Kreativiti boleh diterjemahkan menjadi banyak benda. Mereka yang kreatif selalu ingin mencipta sesuatu. Proses penciptaan ini adalah dari kombinasi banyak perkara antaranya pengalaman, pemerhatian, nilai estetik, kemahiran, impresi artistik dan penyelesaian masalah..Dalam seni visual, kreativiti akan membawa kepada sesuatu rekaan secara visual. sama ada menarik atau tidak kepada kita, ini adalah salah satu cara penciptanya untuk berekspresi dan mewujudkan suatu ciptaan yang sebelum ini ada di dalam minda mereka. Kita seharusnya menunjukkan penghargaan di atas usahanya untuk mewujudkan sesuatu yang memberikan inspirasi, mengujakan atau mengejutkan..Tanpa semua ciptaan-ciptaan ini kita akan tinggal di sebuah dunia yang membosankan..
Dengan berlatarbelakangkan pendidikan di dalam bidang kesenian, sememangnya saya menghargai perkara-perkara ini. Jadi apa yang kena mengenanya cerita kreativiti ni dengan orkid? Yang boleh saya katakan di sini mudah saja iaitu 'orkid memberi inspirasi'. Memang tak dinafikan, kerana di sepanjang sejarah ketamadunan manusia, bunga orkid dengan keunikan, kecantikan dan misterinya telah menjadi subjek untuk manusia berekspresi atau berkarya dari bidang kesusasteraan sehinggalah benda-benda pelbagai ragam yang berkaitan dengan bunga ini. Sama ada ia berharga dan membantu kita tu bukanlah faktor penting tetapi sesuatu yang pasti, ia telah dan tetap berada di suatu sudut dalam lipatan sejarah. Sekali lagi, apa kena mengenanya dengan pos yang kali ini ? Masa saya sedang mencari-cari bahan untuk blog ni terjumpalah sesuatu yang menarik untuk dikongsi..iaitu fesyen berinspirasikan bunga orkid, sebelum tu kita perlu tahu bahawa bidang rekaan fesyen ini juga adalah salah satu cabang seni visual..macam mana rupanya? lihat di bawah..
This is from Christian Dior Fall 2010 Couture collection with floral theme. John Galliano the designer, transformed his models into walking tulips, tiger lillies and orchids. This particular dress especially the frilled skirt and the colour will remind us of Cattleya orchids..This is what I call a high level of creativity, to make a design based on a flower using all the important elements, In this design I can feel the orchid theme though it has been very much transformed into a dress but still with an essence of an orchid flower..
Gambar rekaan ini adalah dari peragaan pentas Koleksi musim luruh Christian Dior yang bertemakan bunga-bungaan. Pereka Dior, John Galliano telah mengubah model-model ini menjadi seperti kuntuman bunga yang bergerak. Baju yang seperti di dalam gambar di atas sememangnya mengambil inspirasi daripada bunga orkid, macam Cattleya bukan?. Inilah yang saya katakan sebagai kreativiti tahap tinggi, bukan sekadar ambil bunga orkid susun atas baju.. kerana bukan senang untuk menggubah semula 'identiti' sekuntum bunga untuk di sarungkan di badan..
Do you see the elements 'borrowed' from the flower?
Nampak tak elemen-elemen yang 'dipinjam' dari bunga Cattleya ini?
If I had a single flower for every time I think about you,
I could walk forever in my garden.
- Claudia Grandi
No comments:
Post a Comment