Vanda dan kacukannya terdapat dalam berbagai warna..Hampir kesemua warna yang terdapat di kalangan bunga orkid ada pada orkid ini..Vanda dan kacukannya adalah antara yang paling berwarna warni dari yang berwarna lembut, hinggalah yang berwarna merah menyala..Pos kali ini sekadar nak menunjukkan kombinasi menarik orkid-orkid vanda ini mengikut susunan warna pelangi..
Genus ini adalah merupakan antara lima genera orkid yang penting dalam bidang hortikultur kerana bunganya yang besar dan cantik..Ini telah menyumbang kepada terhasilnya baka-baka kacukan untuk industri bunga keratan. Vanda coerulea adalah salah satu orkid vanda yang mempunyai bunga yang berwarna biru (tetapi sebenarnya lebih kepada ungu kebiruan)..kelebihan yang penting untuk kacukan antara genera. Selain itu diantaranya terdapat juga hasil kacukan yang lebih kompleks diantara Vanda dengan 'saudara-saudaranya' seperti Ascocentrum, Renanthera, Papilioanthe, Phalaenopsis, Paraphalaenopsis, Trichoglottis dan banyak lagi.
Qui pingit florem, floris non pingit odorem.
Who paints the flower does not paint the flower's fragrance.
Who paints the flower does not paint the flower's fragrance.
No comments:
Post a Comment